Ahad, 5 Februari 2012

Perundangan Islam Terus Tegak

Berikutan kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir, sistem perundangan Islam terus akan ditegakkan kerana rakyat sendiri sudah sedia maklum bahawa perjuangan Ikhwan Muslimin adalah untuk menegakkan Islam di Mesir.



Dr Gooma sendiri mengatakan bahawa pengasas Ikhwan Muslimin iaitu As Syahid Imam Hassan Al Banna sendiri telah menetapkan asas perjuangan Ikhwan Muslimin untuk menegakkan sistem perundangan Islam dan matlamat itu akan diteruskan oleh pemimpin Ikhwan Muslimin sepanjang zaman. Buat masa sekarang mereka akan menggunakan pendekatan berdasarkan keutamaan kerana perundangan Islam tidak hanya terhad kepada hukum hudud.

Pendekatan awal Ikhwan Muslimin akan ditekankan kepada cara hidup rakyat dan bidang pendidikan agar selaras dengan kehendak Islam. Setelah rakyat didedahkan dengan cara hidup yang betul dan pendidikan secara menyeluruh, individu Muslim itu dapat dibentuk dalam kalangan rakyat Mesir sendiri. Pendekatan itu juga akan dijalankan pada semua peringkat rakyat lelaki mahupun perempuan.

Kemenangan Ikhwan Muslimin ialah fasa pertama perjuangannya menunjukkan hasil penerimaan rakyat terhadap perjuangan mereka. Fasa kedua yang menyusul ialah sistem perundangan Islam yang ditegakkan melalui penggubalan undang-undang mengikut undang-undang Islam pada persidangan parlimen nanti.

Dr Gooma hadir ke Malaysia atas undangan Majlis Penyelarasan Gerakan Islam Sedunia yang bersidang di Kuala Lumpur dari 31 Januari hingga 1 Februari 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan