Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Wahai Tuhan yang mempunyai arsh yang mulia, wahai Tuhan yang memulakan sesuatu, Wahai Tuhan yang mengembalikan, Wahai Tuhan yang maha melakukan apa yang Dia kehendaki.
Kami memohon dengan nur wajah-Mu (keredhaan-Mu) yang memenuhi penjuru-penjuru 'arash-Mu, dengan kekuasaan-Mu yang Engkau telah tentukan dengannya ke atas semua makhluk-Mu dan dengan rahmat-Mu yang amat luas ke atas setiap sesuatu, tiada Tuhan melainkan Engkau.
Wahai Tuhan yang memberi pertolongan kepada orang-orang yang memohon pertolongan, tolonglah kami..tolonglah kami..tolonglah kami.
Wahai Tuhan, singkirkan (binasakanlah) orang-orang yang menyakiti kami dan menyakiti saudara-saudara kami tanpa hak sehingga mereka kembali kepada-Mu.
Wahai Tuhan, singkirkanlah (binasakanlah) orang yang melakukan kezaliman kepada kami dan kezaliman kepada saudara-saudara kami tanpa hak sehingga mereka kembali kepada-Mu.
Wahai Tuhan, susutkanlah bilangan mereka & musnahkanlah mereka sampai binasa, janganlah Engkau tinggalkan mereka walau seorang pun daripada mereka dan campakkanlah dalam hati mereka rasa kegerunan.
Wahai Tuhan yang tunduk kepada-Nya segala orang yang zalim dan akur segala raja-raja, tidak ada tempat berlindung melainkan kepada-Mu, tidak ada pertolongan melainkan pertolongan-Mu, tidak ada tempat menyerah melainkan kepada-Mu, hindarkanlah daripada kami tipu daya orang-orang yang zalim dan bersifat dengki. Rahmatilah kami di bawah teduhan-teduhan 'arash-Mu. Wahai Tuhan yang Maha Mulia daripada segala yang mulia, perkuatkanlah amalan lahir kami untuk mendapat keredhaan-Mu, sinarilah hati kami & jiwa kami untuk melihat jalan-jalanMu.
Wahai Tuhan, jauhilah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang yang dengki terhadap kami sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat dan cabutlah penglihatan mereka terhadap kami dengan cahaya kesucian dan kekukuhan keagungan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi di atas segala ni'mat-ni'matMu yang mulia, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani.
Wahai Tuhan, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha sempurna dengan (Al-Quran) daripada syaitan-syaitan yang menggoda dan daripada pandangan mata yang dengki lagi jahat.
Wahai Tuhan, kami jadikan Engkau (serahkan Engkau ke atas) batang leher musuh kami dan juga sesiapa yang dengki kepada kami. Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, kembalikanlah tipu daya mereka ke atas batang leher mereka. Ya Allah, pecahkanlah barisan dan perpaduan mereka dan goncangkanlah kaki (pendirian) mereka semua. Hantarkanlah kepada mereka, seekor anjing daripada anjing-anjingMu. Jangan jadikan kami sebagai sasaran ketamakan musuh, orang yang dengki, dan juga orang yang di dalam hatinya terdapat perasaan bersangka buruk pada kami. Wahai Tuhan yang perkasa, Wahai Tuhan yang Maha gagah, Wahai Tuhan yang bersifat membalas dendam, lagi maha mulia.
Wahai Tuhan, bantulah kami dan janganlah Engkau bantu orang-orang yang selain daripada kami yang menzalimi kami, tolonglah kami dan jangan Engkau tolong orang-orang yang selain daripada kami. Anugerahkanlah kepada kami kemahiran (merancang strategi), dan janganlah kami ditipu daya oleh manusia. Tunjukilah kami dan permudahkanlah petunjuk bagi kami, menangkanlah kami ke atas orang yang menindas dan menganiaya kami, (serta anugerahkanlah kepada kami kejayaan dalam pilihanraya ini).
Wahai Tuhan, tunjukilah kami jalan yang lurus, jadikan kami penunjuk yang mendapat petunjuk hidayah-Mu, dan jadikanlah kami penda'wah yang mursyid. Wahai Tuhan, satukanlah saff mujahidin yang ikhlas dan berilah pertolongan serta kemenangan kepada tentera penyatuan dan perpaduan serta sesiapa sahaja yang bersama kami.
.: Dan Tuhanmu berfirman, " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu :.
( Surah Ghafir : ayat 60 )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan