Tarbiyah siasah yang menumpukan kepada pembebasan dan pembentukan ummah daripada pengabdian diri terhadap ideologi ciptaan manusia kepada ketaatan hanya terhadap Allah SWT. Antara perkara yang ditekankan ialah :
1. hukum-hakam
2. peraturan daulah
3. hubungan kerajaan dengan musuh
4. kaitan antara muslim & non-muslim
5. beberapa perkara lain...
Tarbiyah siasah dan tarbiyah agama tidak harus dipisahkan sebaliknya pemantapan seiring perlu dilakukan. Islam yang syumul (menyeluruh) menunjukkan bahawa Islam itu sendiri datang sebagai sistem kehidupan yang lengkap meliputi sebesar-besar perkara seperti hal perundangan hinggalah kepada sekecil-kecil perkara seperti hal adab sesama makhluk.
Maka, antara peranan dai'e (pendakwah) dalam meneruskan perjuangan langkah amar ma'ruf nahi munkar sekaligus membentuk tarbiyyah siasah ialah :
* Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa penjajah yang tidak mengamalkan Islam malah menolak Islam seperti fahaman sekularisme (memisahkan urusan dunia daripada panduan agama) yang masih diamalkan di Malaysia.
- Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya kembali kepada Al-Quran & As-Sunnah dalam apa jua tindakan.
- Ideologi ciptaan manusia seperti sekularisme yang memisahkan hal keduniaan daripada panduan agama, feminisme yang banyak menuntut hak kesamarataan antara wanita dan lelaki, teori Charles Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada haiwan seperti monyet harus ditentang habis-habisan.
- Allah SWT sendiri sudah menunjukkan Islam itu tidak terpisah antara akhirat & dunia melalui panduan kita sebagai umat Islam iaitu Rasulullah SAW. Baginda menghidupkan hukum Allah di atas bumi melalui Islam supaya di akhirat nanti, kita beroleh kejayaan sebenar seorang hamba iaitu syurga yang kekal abadi.
- Allah SWT telah meletakkan kedudukan wanita itu lebih rendah daripada lelaki kerana pada fitrah sememangnya wanita itu ialah pengikut kepada lelaki yang diciptakan untuk memimpin umat manusia kepada Allah SWT.
- Allah SWT yang Maha Kuasa mencipta dunia ini menunjukkan teori Charles Darwin tersebut amat bertentangan dengan kejadian penciptaan manusia itu sendiri yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
* Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran pembinaan siasah Islamiyyah.
* Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-Muslim untuk menampilkan asas agama Islam secara praktikal.
* Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.
* Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.
-"Sifat kesyumulan manhaj Islam adalah sifat yang dapat membezakannya dari manhaj-manhaj duniawi dan sistem ciptaan manusia yang mempunyai tujuan-tujuan terbatas. Manhaj Islam ialah daripada manhaj Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah yang mengetahui segala urusan manusia, apa yang diperlukan manusia, mengetahui sesuatu yang dapat membawa islah kepada kehidupan manusia dan mengetahui sesuatu yang membawa kebahagiaan dan kcelakaan kepada manusia."-petikan Apa Ertinya Saya Menganut Islam tulisan Fathi Yakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan