Isnin, 12 November 2012

Meniti 15 Nov 2012 = Maal Hijrah 1434



Maksud Hijrah pada istilah iaitu perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Begitu juga yang dilakukan oleh sabahat Baginda. Perpindahan ini semata-mata kerana agama bukan membabitkan keuntungan duniawi.

Aplikasi Hijrah Dalam Kehidupan Masa Kini

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Surah al-Anbiya’: 107)

Dr Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-’Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:

1) Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah. Baginda datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.

Di dalam buku Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah, Dr Zulkifli al-Bakri menyatakan bagaimana cara kita mendapatkan semangat roh hijrah sehingga mampu dijelmakan dalam kehidupan kita, antarannya ialah:

1) Hati dan Niat kita: Bagaimana kita menguatkan ubudiyyah yang mutlaq kepada Allah dalam menjalani kehidupan ini

2) Membuang segala sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak dan digantikan dengan segala sifat mahmudah yang dianjurkan oleh islam

3) Prestasi ibadat kita adakah masih pada tahap yang sama sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan sama ada khusyuk, ikhlas dan benar mengikut sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadat tersebut

4) Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi dalam masyarakat untuk urusan harian, adakah menepati piawaian syara’ yang selamat dari unsure Riba’, Khianat, Penipuan dan sebaliknya mengikut Islam

5) Berhubung dengan kekeluargaan Islam, adakah ia benar-benar menjadi Baitul Muslim (Rumah Tangga Islam) yang melahirkan sakinah, mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi khalifah Allah di muka bumi

6) Hubungan sesama masyarakat dari yang paling hampir seperti jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin, rakyat hatta sesiapapun, adakah menepati seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengasaskan Kerajaan Islam yang pertama di kota Madinah. 

Akhirnya, marilah sama-sama kita mempelajari sirah dan sunnah Nabi SAW untuk memahami segala selok belok yang berkaitan dengan Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehiduapn kita. Sesungguhnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah dan Uswah Hasanah sudah pasti membawa kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat

-Ustaz Nor Azman Mohamad-
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat : Gambar Menjadi Bukti.

Pada 3 Nov yang lepas telah berlangsungnya sebuah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya. Biarpun diterjah dengan pelbagai tentangan, halangan & ujian, persiapan himpunan masih diteruskan hingga terbuktilah bantuan dari Allah SWT yang menggerakkan hati selautan umat manusia untuk berhimpun hingga ke malam. Takbir! Allahuakbar...

Persiapan bermula.
Pemuda Harapan Agama
Sesi Petang Himpunan

Tonggak Pemuda



Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) menyampaikan pidato.

Tidak kira kaum, bangsa, KEADILAN mengatasi segala kerana itu fitrah orang beragama.

Takbir! Allahuakbar, selautan manusia yang berhimpun atas nama keadilan.

Tuan Guru Presiden PAS berpidato.

Sila-sila penuhi ruang, gegarkan N9 tegakkan kebenaran!

Sesi Petang Himpunan, semakin ramai boh~

Sesi Petang Himpunan semakin meriah

Selautan Rakyat berhimpun atas nama Kebangkitan

Seniman Negara A. Samad Said diiringi oleh unit amal

Sesi Petang Himpunan meriah.

Pesuruhjaya Pas N9, Yang Berbahagia Mohd Taufek

Pesuruhjaya Pas N9, Yang Berbahagia Mohd Taufek bersama rakyat.

Konvoi Motor daripada Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Menuju Keadilan Negara

Ketua Penerangan Pas N9, Ustaz Nor Azman Mohamad

Ketua Pemuda PAS N9, Ustaz Mohd Khairil Wafa

Kata-kata Datuk Seri Anwar mampu menggamit suasana

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir

Biarpun hujan, Allah SWT menetapkan hati rakyat teguh berdiri menyahut seruan keadilan.



Demi Rakyat

Biar mereka kata kita HINA,
Biar mereka kata kita GILA,
Biar mereka kata kita PAPA,
Biar mereka tuduh segala kata...

Sifat iri hati bukan sifat kita
Sifat dendam bukan sifat kita
Sifat kita sifat hamba Allah SWT
Sifat kita sifat umat Muhammad SAW

Kita hamba Allah SWT.
Pejuang agama-Nya
Cita-cita kita Menang dengan Islam!
Jika ditumpaskan, biar kita Syahid dalam Islam!


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa yang menyeleweng di kalangan kamu, maka Allah melahirkan satu golungan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang, mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela, yang demikian itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan Allah itu Maha luas kurnianNya lagi Maha mengetahui. Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah, RasulNya dan orang orang yang beriman yang mendirikan solat, yang menunaikan zakat dan mereka ruku’ (patuh). Dan sesiapa yang berwalikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman (sehingga mewujudkan golungan (Parti) yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya gulungan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan".
- surah Al-Maidah : 54-56 -






Jumaat, 2 November 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov 2012


SABTU

3.00 petang

JOM, berkumpul dahulu
di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi




Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

kemudian...

JOM,  bergerak
ke Taman Seremban Jaya (belakang Petronas)

untuk

Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

4.00 petang



kemudian...

terus setia hingga ke jam 12.00 malam untuk penutup







“Berkata benar di hadapan penguasa yang zalim adalah jihad yang paling agung”.


(Sunan al-Tarmizi,no 2100, Sunan al-Nasa’ie,no 4138 , Sunan Abi Daud, no 3781)


Isnin, 17 September 2012

Ops Janji Pakatan Rakyat

Pemasangan Billboard JPR dan bendera sekitar Taman Panchor Jaya, Taman Telawi, Batu 9 Jalan Pantai dan bukit sebelah highway LEKAS. 
















Rabu, 12 September 2012

Bob Lokman & Yatt Hamzah


Semua hadirin dijemput hadir!

Sambutan Hari Malaysia
17/9/2012
Isnin
9.00 malam
Batu 9, Kg Pantai Seremban


Jamuan Mesra & Meraikan Bakal Haji
19/9/2012
Rabu
8.00 malam
MTD PAS Lenggeng, Taman Panchur Jaya, Seremban

Isnin, 13 Ogos 2012

Ratapan Rohingya

Orang Rohingya terdiri daripada kalangan kaum Muslim yang tinggal di utara Rakhine (Barat Burma). Pertempuran antara majoriti penganut Buddha dengan minoriti kaum Muslim sering berlaku sejak dahulu lagi.




Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rohingya adalah salah satu minoriti di dunia yang paling teruk ditindas. Elaine Pearson, Timbalan Pengarah bahagian hak asasi manusia Watch Asia telah berkata, 

“ Sudah bertahun-tahun berlaku diskriminasi, penyalahgunaan dan pengabaian terhadap Rohingya dan ia akan meletup pada satu masa nanti, dan itulah apa yang kita lihat sekarang”.

Bahkan, yang lebih menyedihkan kerajaan Burma telah mengklasifikasikan Rohingya sebagai ‘pendatang’ kepada Myanmar dan dengan itu tidak layak untuk menjadi warganegara Myanmar.


Plot Peristiwa Penganiayaan Rohingya

_______________________________________________28 Mei
Seorang wanita Rakhine (Buddha), Thida Htwe, berumur 28 tahun dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki Rakhine (Buddha) berhampiran kampung Maw Kyaut Ne dan kejadian itu disaksikan oleh dua orang Rohingya (Muslim).

Lelaki itu menyerah diri dan menyatakan dia bersubahat dengan 2 orang Rohingya itu, lalu polis menahan tiga suspek dan menghantar mereka ke penjara bandar Yanbyal. Perogol itu telah membunuh dirinya dalam lokap.

_________________________________________________________________________4 Jun
Perusuh dari etnik Rakhine menyerang bas di Taungup, tersilap mempercayai bahawa mereka yang bertanggungjawab untuk pembunuhan itu. Sedangkan yang berada di dalam bas ialah jemaah tabligh. Kerajaan bertindak dengan melantik seorang menteri dan ketua polis untuk mengetuai jawatankuasa penyiasatan.

________________________________________________10 Jun
Keadaan darurat telah diisytiharkan di seluruh Rakhine.

____________________________________________15 - 28 Jun

Tun Khin, Presiden Pertubuhan Burma Rohingya UK (BROUK), telah menyatakan bahawa pada 28 Jun, 650 Rohingya telah dibunuh, 1200 telah hilang dan lebih 80,000 telah dihalau.


Tentera Burma dan polis telah dituduh memainkan peranan utama dalam kezaliman terhadap Rohingya melalui tangkapan besar-besaran dan keganasan yang sewenang-wenangnya.

Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh juga mendakwa bahawa tentera Burma dan polis menembak kumpulan penduduk kampung dengan pistol.

Mereka takut untuk kembali ke Myanmar apabila Bangladesh menolak mereka sebagai pelarian dan meminta mereka untuk kembali ke Myanmar.






Sabtu, 11 Ogos 2012

RAMADHAN : Lailatul Qadar




Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."
- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isnin, 6 Ogos 2012

Agenda Individu Muslim Ramadhan


Ramadhan sudah mula memasuki fasa pentingnya iaitu 10 malam terakhir yang terkandung di dalamnya malam lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr merupakan malam yang sangat luar biasa dan merupakan antara rahmat agung daripada Allah SWT untuk hambaNya yang beriman.

   Melihat kepada senarai Agenda Individu yang direka khas untuk Profile Ku Lihat Hijau di Facebook, mampu memberi panduan sebagai kayu ukur tahap kualiti ibadah kita dalam Ramadhan kali ini.

   Qiamullail yakni tahajud sangat digalakkan dalam bulan Ramadhan ini. Amatlah rugi apabila malam hening di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hanya dibiarkan berlalu dengan tidur yang sepi. Tidur yang mati daripada mengharapkan keredhaan Allah SWT. Tidur yang hanya menantikan sahur semata sebagai bekalan untuk berpuasa pada esok harinya. Jadikanlah qiamullail kita dalam bulan Ramadhan kali ini merupakan medium terbaik untuk kita kembali memulihkan hubungan kita dengan Allah SWT.

   Pada pandangan para sufi yang benar-benar akrab dengan Allah SWT berpendapat bahawa jika kita tidak mampu untuk bangun qiam walaupun sekurang-kurangnya untuk menunaikan solat sunat tahajud 2 rakaat, ia adalah petanda bahawa diri kita sudah terbelenggu dengan dosa. Jangan menganggap bahawa bulan Ramadhan menjamin kesucian diri kita daripada terjebak dengan dosa. Mujahadah itu perlu sentiasa ditingkatkan, agar redha-Nya sentiasa dalam kehidupan.

.: Tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan biarpun tinggal hanya beberapa saat sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Namun, tingkatkanlah mujahadah kita sentiasa supaya istiqomah dalam setiap amal perbuatan :.

Rabu, 6 Jun 2012

Antara 2 Himpunan Putrajaya

Kali ini biar gambar berbicara, minda terbuka, agar lebih jelas yang mana berada di landasan jalan yang lebih terpelihara nilai agama. Fitnah Akhir Zaman~
Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya

Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kedah

Gambar pertama menunjukkan berkumpulnya segolongan umat manusia di Putrajaya manakala gambar kedua menunjukkan berkumpulnya segolongan umat manusia untuk mendapatkan Putrajaya. Benar, kadangkala gambar tidak menjamin kesasihan sesuatu cerita. Namun, akal yang dikurniakan oleh Allah SWT dapat menilai sesuatu perkara itu dengan lebih baik daripada penilaian berasaskan nafsu atau kepentingan politik semata.

Himpunan Hijau ke Putrajaya VS Himpunan Sejuta Belia

Pada zaman Rasulullah SAW & para sahabat, saff-saff hadapan dalam peperangan turut diisi oleh golongan pemuda yakni belia. Tidak kurang juga dengan pemuda agung seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluki kota Constantinople ketika di usia 21 tahun.

Realiti Kini Pemuda Malaysia

Hosni Mubarak, bekas presiden Mesir mampu ditumbangkan oleh golongan pemuda. Di Syria, Palestin & negara-negara yang diancam dengan peperangan, para pemudanya barisan hadapan dalam perjuangan. Mereka syahid memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Bibir tidak lekang dari mengagungkan kalimah 'ALLAHUAKBAR' (Allah Maha Besar) menyatakan kebesaran Allah SWT Maha Pemilik Alam.

Realiti Kini Pemuda di Malaysia.....
renungkanlah sendiri bagaimana 'realiti pemuda di Malaysia' dengan mata hatimu wahai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dengan akal yang sempurna.

"Tidakkah kamu berfikir..."
"Amat sedikit golongan hamba yang berfikir..."

Pihak yang mempunyai kuasa harus menggunakan amanah memimpin sekalian tanggungan di bawah jagaannya kembali kepada Allah SWT kerana Allah SWT menciptakan segala syariatNya adalah untuk hambaNya sendiri & mesti ditegakkan di atas bumi milikNya. Jika tidak mampu, sila berikan amanah itu kepada pihak lain yang lebih mampu memimpin ke arah kembali kepada Allah SWT. Menukar kerajaan adalah suatu tuntutan kerana Rasulullah SAW sendiri tidak mentadbir negara dalam keadaan menjauhkan Islam dari kalangan rakyat jagaannya.
~Wallahu'alam~