Maksud Hijrah pada istilah iaitu perpindahan Rasulullah SAW
dari Mekah ke Madinah. Begitu juga yang dilakukan oleh sabahat Baginda.
Perpindahan ini semata-mata kerana agama bukan membabitkan keuntungan duniawi.
Aplikasi Hijrah Dalam Kehidupan Masa Kini
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (Surah al-Anbiya’: 107)
Dr Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-’Alamin
menyebut beberapa tafsiran, antaranya:
1) Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah. Baginda
datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan
terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka
sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di
antara sekian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi
nilainya.
Di dalam buku Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah, Dr
Zulkifli al-Bakri menyatakan bagaimana cara kita mendapatkan semangat roh
hijrah sehingga mampu dijelmakan dalam kehidupan kita, antarannya ialah:
1) Hati dan Niat kita: Bagaimana kita menguatkan ubudiyyah
yang mutlaq kepada Allah dalam menjalani kehidupan ini
2) Membuang segala sifat mazmumah seperti hasad dengki,
tamak dan digantikan dengan segala sifat mahmudah yang dianjurkan oleh islam
3) Prestasi ibadat kita adakah masih pada tahap yang sama
sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan sama ada khusyuk, ikhlas dan benar
mengikut sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadat tersebut
4) Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi dalam
masyarakat untuk urusan harian, adakah menepati piawaian syara’ yang selamat
dari unsure Riba’, Khianat, Penipuan dan sebaliknya mengikut Islam
5) Berhubung dengan kekeluargaan Islam, adakah ia
benar-benar menjadi Baitul Muslim (Rumah Tangga Islam) yang melahirkan sakinah,
mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang
menjadi khalifah Allah di muka bumi
6) Hubungan sesama masyarakat dari yang paling hampir
seperti jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin, rakyat hatta sesiapapun, adakah
menepati seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengasaskan
Kerajaan Islam yang pertama di kota Madinah.
Akhirnya, marilah sama-sama kita mempelajari sirah dan
sunnah Nabi SAW untuk memahami segala selok belok yang berkaitan dengan
Rasulullah SAW untuk diaplikasikan dalam kehiduapn kita. Sesungguhnya
menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah dan Uswah Hasanah sudah pasti membawa
kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat
-Ustaz Nor Azman Mohamad-
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.





























