Rabu, 11 Januari 2012

UMNO / BN Sendiri Mengakui DSAI Tidak Bersalah

Setelah keputusan mengejut yang menggemparkan seluruh Malaysia dengan pembebasan DSAI daripada tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari, media menjalankan tugas menghangatkan isu 'Badan Kehakiman Negara Bebas dan Adil'. Semua akhbar tidak kisah sama ada dari media kerajaan atau pembangkang menunjukkan tuduhan bahawa mahkamah korup & tunduk pada Najib adalah tidak benar.

Mari kita telusuri apa pandangan 'orang kuat' UMNO berkenaan isu keputusan mahkamah ini.

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Keputusan itu membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini pada dunia luar."

2. Datuk Seri Dr. Rais Yatim

"Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat & keputusan tanpa memilih bulu."

3. Hisyammudin

"Pembangkang terutamanya Anwar kini tidak boleh lagi memburuk-burukkan sistem kehakiman di luar negara dan menuduh kononnya mahkamah tidak bebas."

4. Khairy Jamaluddin

"Keputusan itu membuktikan kebebasan sistem kehakiman negara yang selama ini dituduh oleh pihak pembangkang sebagai korup, berat sebelah dan dibawah telunjuk kuasa eksekutif tidak benar sama sekali."

Demikian pandangan daripada pimpinan UMNO sendiri yang mengiyakan bahawa Anwar sememangnya tidak bersalah. Jadi, diharap pihak UMNO yang masih lagi berniat untuk memfitnah Anwar dalam usaha membantutkan perjuangannya supaya berhenti dan kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar yang meletakkan keadilan sebagai antara landasan utama. 

Menurut DSAI, dia sedia memaafkan pihak yang memfitnahnya selama ini.




Ahad, 8 Januari 2012

901 : Anwar dibebaskan, laungan REFORMASI bergema.

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.

Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.
Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.

Anwar melambai tangan kepada penyokongnya semasa tiba di mahkamah.

Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.

Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.
Anwar Ibrahim selepas dibebaskan telah memberikan ucapan kepada puluhan ribu penyokongnya di perkarangan mahkamah. 

"Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan," kata Anwar.

Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR serta semua yang hadir.

"Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah," kata Anwar.

Beliau juga berkata, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, tetapi perjuangan mesti diteruskan.
"Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula," kata Anwar disambut terikan reformasi oleh semua yang hadir.


Sabtu, 7 Januari 2012

Fenomena Oley!! Dari 'kami' untuk 'mereka'.

Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk 'santai' dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna. 






Klik sini untuk menonton video Oley!!


Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek “Bicara Rakyat“ yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu.  


Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff
"Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja. 

"Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai," jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff.  

Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor. 

Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah



Lebih menarik apabila 'Oley' turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi. 
Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi  dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam.