Selasa, 29 Mei 2012

SYRIA : Penyembelihan Haulah



| Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

1) Tempat Tragedi

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

2) Mangsa Korban

- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

3) Kronolgi Ringkas :

- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.

- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.

- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.

- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.

- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.

- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.

- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

4) Pihak yang bertanggungjawab

- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria

Rabu, 23 Mei 2012

Tugas Dai'e Tarbiyyah Siasah

Tarbiyah siasah yang menumpukan kepada pembebasan dan pembentukan ummah daripada pengabdian diri terhadap ideologi ciptaan manusia kepada ketaatan hanya terhadap Allah SWT. Antara perkara yang ditekankan ialah :

1. hukum-hakam
2. peraturan daulah
3. hubungan kerajaan dengan musuh
4. kaitan antara muslim & non-muslim
5. beberapa perkara lain...



Tarbiyah siasah dan tarbiyah agama tidak harus dipisahkan sebaliknya pemantapan seiring perlu dilakukan. Islam yang syumul (menyeluruh) menunjukkan bahawa Islam itu sendiri datang sebagai sistem kehidupan yang lengkap meliputi sebesar-besar perkara seperti hal perundangan hinggalah kepada sekecil-kecil perkara seperti hal adab sesama makhluk.

Maka, antara peranan dai'e (pendakwah) dalam meneruskan perjuangan langkah amar ma'ruf nahi munkar sekaligus membentuk tarbiyyah siasah ialah :

* Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa penjajah yang tidak mengamalkan Islam malah menolak Islam seperti fahaman sekularisme (memisahkan urusan dunia daripada panduan agama) yang masih diamalkan di Malaysia.


- Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya kembali kepada Al-Quran & As-Sunnah dalam apa jua tindakan.

- Ideologi ciptaan manusia seperti sekularisme yang memisahkan hal keduniaan daripada panduan agama, feminisme yang banyak menuntut hak kesamarataan antara wanita dan lelaki, teori Charles Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada haiwan seperti monyet harus ditentang habis-habisan.

- Allah SWT sendiri sudah menunjukkan Islam itu tidak terpisah antara akhirat & dunia melalui panduan kita sebagai umat Islam iaitu Rasulullah SAW. Baginda menghidupkan hukum Allah di atas bumi melalui Islam supaya di akhirat nanti, kita beroleh kejayaan sebenar seorang hamba iaitu syurga yang kekal abadi.

- Allah SWT telah meletakkan kedudukan wanita itu lebih rendah daripada lelaki kerana pada fitrah sememangnya wanita itu ialah pengikut kepada lelaki yang diciptakan untuk memimpin umat manusia kepada Allah SWT.

- Allah SWT yang Maha Kuasa mencipta dunia ini menunjukkan teori Charles Darwin tersebut amat bertentangan dengan kejadian penciptaan manusia itu sendiri yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.


* Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran pembinaan siasah Islamiyyah.


* Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-Muslim untuk menampilkan asas agama Islam secara praktikal.


* Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.



* Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

-"Sifat kesyumulan manhaj Islam adalah sifat yang dapat membezakannya dari manhaj-manhaj duniawi dan sistem ciptaan manusia yang mempunyai tujuan-tujuan terbatas. Manhaj Islam ialah daripada manhaj Allah SWT yang Maha Mengetahui  dan Maha Bijaksana. Allah yang mengetahui segala urusan manusia, apa yang diperlukan manusia, mengetahui sesuatu yang dapat membawa islah kepada kehidupan manusia dan mengetahui sesuatu yang membawa kebahagiaan dan kcelakaan kepada manusia."-petikan Apa Ertinya Saya Menganut Islam tulisan Fathi Yakan.

Debat Intelek PTPTN Buka Minda


Debat PTPTN Antara Rafizi (Pakatan Rakyat) VS Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional)

Rakaman Debat Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24

Permasalahan hutang pendidikan yang sangat membebankan para pelajar sudah lama diberi perhatian oleh pihak Pakatan Rakyat namun masih terpaksa berhadapan dengan permainan 'tarik tali' pihak kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional. Akhirnya, dengan izin Allah SWT perdebatan antara wakil Pakatan Rakyat dengan wakil Barisan Nasional dapat dianjurkan oleh pihak yang terlibat.

Di akhir perdebatan tersebut, jelas memperlihatkan bahawa debat antara Rafizi & Khairy ini ialah 'umpan' untuk Najib (BN) & Anwar (PR) berdebat pada masa akan datang. Perdebatan tersebut menunjukkan bahawa rakyat sudah mula matang dalam menilai kerana menerima baik budaya perdebatan yang baru pertama kali diadakan ini. Debat bukanlah medan untuk 'mudah menang' jika kita tidak mempunyai fakta yang kukuh kerana fakta itu lebih didahulukan.

Diperingatkan semula bahawa isu PTPTN ini adalah berkenaan pilihan samada Pendidikan PERCUMA diberikan kepada semua pelajar institusi tinggi melalui pemansuhan PTPTN ATAU yuran pengajian yang dibayar sendiri oleh pelajar melalui PTPTN yang masih diteruskan. Budaya perdebatan juga mendidik rakyat untuk berlapang dada menerima hujah dari kedua-dua pihak Tidak langsung mengajar rakyat untuk taksub kepada parti politik pilihan mereka malah mendidik kematangan akal menilai fakta yang jelas & tersembunyi berkenaan sesuatu isu.


وَهُمۡ يَصۡطَرِخُونَ فِيہَا رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا غَيۡرَ ٱلَّذِى ڪُنَّا نَعۡمَلُۚ أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَڪَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُۖ فَذُوقُواْ فَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
(Surah Fatir 35: Ayat 37)

Isnin, 21 Mei 2012

Peristiwa Bulan REJAB


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam

    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj

     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk

    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut  kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5.Lahirnya Imam Syafie RH

    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.


Irshad Manji Lulus Di Malaysia


* Irshad Manji
* Muslim
* Pembawa fahaman reformis Islam
* Menyanjung tinggi moral
* Pernah diberi anugerah ulung oleh organisasi Muslim sendiri atas kelantangannya bersuara.
* Lesbian tegar.


Buku yang baru sahaja dilancarkan versi Melayu.
Sumber daripada-tulisan blog beliau bertarikh 16 Mei 2012.

PAS KESAL KERAJAAN GAGAL HALANG IRSHAD MANJI

Memetik petikan daripada Harakah Daily hasil tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat. Antara perkara yang diketengahkah dalam petikan tersebut ialah :

Kerajaan seharusnya menghalang kemasukannya daripada awal lagi.
- Tujuan menghalang kemasukannya bukanlah berniatkan menciptakan jurang sesama manusia cuma ianya langkah berhati-hati untuk mengelakkan Irshad Manji mempromosikan ideologinya di Malaysia. Usaha yang agak lambat daripada pihak kerajaan sendiri menyebabkan akhirnya Irshad Manji berjaya melancarkan bukunya yang terbaru di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Pusat menyerahkan memo bantahan kemasukan Irshad Manji.
- PAS sendiri melalui wakilnya Dewan Pemuda PAS Pusat telah pun menyerahkan memo bantahan sebagai usaha menghalang kemasukan Irshad Manji ke Malaysia kerana sejak awal lagi Malaysia sudah maklum dengan kehadiran Irshad Manji ke Malaysia ialah untuk membuat program sekaligus melancarkan bukunya yang terbaru.
- Walaubagaimanapun, PAS sendiri menggesa kerajaan supaya membuat penilaian semula tentang penjualan buku tersebut di Malaysia memandangkan buku itu sememangnya berunsurkan penghinaan terhadap Islam dan alternatif bagi Irshad Manji sendiri mempertahankan perjuangannya yang mengamalkan cara hidup Lesbian.
- Buku pertamanya yang pernah dilancarkan di Malaysia ini hanya diambil tindakan oleh pihak kerajaan selepas 8 bulan buku itu dilancarkan. Kali ini, PAS menggesa supaya dipercepatkan tindakan sejurus selepas dilancarkan.




                             

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
-Hadis sahih riwayat Muslim-

Kerajaan yang mempunyai kuasa WAJIB mengambil tindakan segera menangani isu umat Islam seperti ini.





Warkah Buat Ibu


Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan At-Tantawi.

Warkah Buat Ibu

1. Penghuni dunia yang bergelar manusia ini dilahirkan oleh insan bergelar ibu kecuali Adam dan Hawa. Siapapun manusia itu dengan segala derajat dan pangkat yang dimiliki adalah lahir dari rahim seorang ibu yang telah berkorban separuh mati untuk mengandung dan melahirkannya. Tidak ralat jika syurga ter"letak" di bawah telapak kaki ibu.

2. Apa yang telah ditanggung oleh ibu berkait perasaan dan segala elemen kudratnya untuk mengandung, melahir dan membesarkan seorang insan bukan suatu yang perlu dikenang dan dihargai tetapi ia adalah ibu yang wajib ditaati, disayangi dan dijagai dengan segala ketundukan dan kepatuhan kita kepada apa yang telah diperintah Allah swt. terhadap tanggungjawab kita kepada insan bergelar ibu.

3. Tanpa ibu, dunia ini kosong dan hilang segala fungsi serta strukturnya. Justeru itu, tidak keterlaluan jua ungkap kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia.

4. Cerdik pandai, gagah perkasa, cantik menawan, bijak bistari, kaya raya, segak bergaya dan pangkat derajat semuanya bermula dari rahim ibu sebelum dilepas besar dan panjang di muka alam buana ini. Begitulah pula ibu yang menjadi madrasah pertama membekal ilmu hayat kepada kita semua yang bergelar manusia. Sebagaimana ibu jualah yang pertama menitis susu membekal kompenan sumber tenaga hayat.

5. Ibu ! sungguh istemewa kata nama itu. Tiada yang layak menyandang status kata bernama ibu melainkan ia lah yang mengandung dan melahirkan kita. Keupayaan tinggi yang dimiliki oleh ibu untuk bertahan 9 bulan kandungan dan kemudiannya bersabung nyawa untuk melahirkan kita adalah bergantung kepada nilai kasih dan sayang yang tiada tolok bandingnya.

6. Kasih dan sayang inilah pula menjadi nilai terpenting untuk manusia meneruskan hidup di dunia yang penuh cabaran dan pancaroba ini. Tanpa kasih dan sayang manusia terperangkap dalam persengketaan sengit tanpa noktah. Keamanan ternoda dengan pertempuran dan peperangan yang kejam. Kedamaian terancam dengan jenayah dan khianat yang tidak berhati perut. Hubungan silaturrahim terputus angkara fitnah dan hasad. Iklim sosial rosak dan binasa ekoran lupa daratan dan angkuh. Pentas politik menjadi cemar dan kotor kerana benci dan marah. Segalanya berpunca dari hilangnya kasih dan sayang.

7. Sempena Hari Ibu, saya mengutus warkah mewakili seluruh anak - anak ibu yang menjadi warga Dewan Pemuda PAS Malaysia agar institusi ibu hari ini menyemarakkan nilai kasih dan sayang ke setiap sendi dan nadi manusia untuk membina semula sebahagian struktur dunia kini yang mengalami kerosakan teruk akibat hakisnya sifat serta nilai kasih dan sayang.

8. Tiada ibu yang mahu anaknya jahat. Tiada ibu yang mahu anaknya bodoh. Tiada ibu yang mahu anaknya hina. Tiada ibu yang mahu anaknya bangsat. Tiada ibu yang mahu anaknya diperalat sebagaimana tiada ibu di dunia ini yang mahu anaknya digelar haram jadah. Maka ibulah harapan kami kini untuk menyusun semula dan membina kembali tamadun atau peradaban manusia sebelum ia rosak teruk dan musnah binasa.

9. Ibu lah yang mempunyai keupayaan untuk memastikan generasi ini terdidik dengan kasih dan sayang. Menyelamatkan mereka dari terus hanyut dalam arus budaya songsang tanpa tunjuk ajar ibu untuk mematuhi suruhan agama dan pedoman tuhan yang Maha Mencipta. Membimbing mereka untuk mencorak masa depan yang baik, bahagia dan berjaya.

10. Terima kasih ibu ! justeru air tangan ibulah menjadikan kami kenal erti rindu, kasih dan sayang lalu memungkinkan kami berjuang untuk mengembalikan semula izzah ummah yang bersendikan kasih sayang setelah sebahagiannya rosak teruk angkara perlanggaran syariat yang ketara dan pemujaan nafsu yang melampau. Tidak lupa juga buat semua ibu kepada anak - anak kami yang tekun mendidik dan membesarkan mereka sebagai generasi pewaris perjuangan yang kami dokong, meskipun mereka sering ditinggalkan kerana urusan kami di medan juang mahu pun dilapangan mencari rezeki.

Semoga semua insan bergelar ibu dirahmati dan diberkati Allah Jalla wa A'la Tuhan yang Maha Mencipta lagi Lagi Maha Memelihara.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



Piala FA : Tuan Guru Nik Aziz Ucap Tahniah



Bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 19 Mei 2012 penentu segalanya, adakah negeri yang dikatakan 'negeri miskin' mampu menggondoli Piala FA?


Bola-bola juga, solat tidak tinggal. Tabik hormat kepada rakyat Kelantan di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz kerana Islam masih didahulukan, syariat diutamakan.


Tahniah diucapkan kepada pemain Kelantan yang akhirnya sah bergelar Johan Piala FA 2012. Terbaik! Islam itu menyeluruh lagi indah.


"Tahniah diucapkan kepada The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi," kata beliau dalam tulisan di laman sosialnya, Facebook.

Mohammed Ghaddar yang menjaringkan gol semasa penalti pada minit ke 59 menghadiahkan 1 gol kemenangan kepada pasukan The Red Warriors.

Mutiara Kata Tok Guru Nik Aziz




~Akhlak Yang Baik...
"Banyak pihak mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh. Saya tidak bersetuju. Apa guna ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat? Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik. Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad SAW ialah menyempurnakan akhlak yang baik."

~PAS Mesti Ganti UMNO
"... PAS mesti ganti UMNO. Di Kelantan, apa yang tiada? Jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini berjalan mendongak ke langit. Di Kelantan, ada pembangunan. Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan, kerana negara komunis pun ada pembangunan. Apa yang kita bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan di dalam kubur kelak.."

~Allah Yang Menciptakan Manusia Berbangsa-Bangsa
"Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang yang kita gunakan. Allah itu jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan darah keturunan kita.."

~Hidup Setelah Mati
"Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasi tidak dibawa untuk dimakan dan air juga tidak dibawa untuk diminum. Gelaran dato, tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia kita melawan baginda?"

~Kewajipan Solat
"Saya berpesan kepada kita semua agar menjaga ibadat solat sekalipun berada di padang bola sepak. Kalau di padang bola sepak, tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayangkan oleh malaikat.