* Irshad Manji
* Muslim
* Pembawa fahaman reformis Islam
* Menyanjung tinggi moral
* Pernah diberi anugerah ulung oleh organisasi Muslim sendiri atas kelantangannya bersuara.
* Lesbian tegar.
Buku yang baru sahaja dilancarkan versi Melayu.
Sumber daripada-tulisan blog beliau bertarikh 16 Mei 2012.
PAS KESAL KERAJAAN GAGAL HALANG IRSHAD MANJI
Memetik petikan daripada Harakah Daily hasil tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat. Antara perkara yang diketengahkah dalam petikan tersebut ialah :
Kerajaan seharusnya menghalang kemasukannya daripada awal lagi.
- Tujuan menghalang kemasukannya bukanlah berniatkan menciptakan jurang sesama manusia cuma ianya langkah berhati-hati untuk mengelakkan Irshad Manji mempromosikan ideologinya di Malaysia. Usaha yang agak lambat daripada pihak kerajaan sendiri menyebabkan akhirnya Irshad Manji berjaya melancarkan bukunya yang terbaru di Malaysia.
Dewan Pemuda PAS Pusat menyerahkan memo bantahan kemasukan Irshad Manji.
- PAS sendiri melalui wakilnya Dewan Pemuda PAS Pusat telah pun menyerahkan memo bantahan sebagai usaha menghalang kemasukan Irshad Manji ke Malaysia kerana sejak awal lagi Malaysia sudah maklum dengan kehadiran Irshad Manji ke Malaysia ialah untuk membuat program sekaligus melancarkan bukunya yang terbaru.- Walaubagaimanapun, PAS sendiri menggesa kerajaan supaya membuat penilaian semula tentang penjualan buku tersebut di Malaysia memandangkan buku itu sememangnya berunsurkan penghinaan terhadap Islam dan alternatif bagi Irshad Manji sendiri mempertahankan perjuangannya yang mengamalkan cara hidup Lesbian.
- Buku pertamanya yang pernah dilancarkan di Malaysia ini hanya diambil tindakan oleh pihak kerajaan selepas 8 bulan buku itu dilancarkan. Kali ini, PAS menggesa supaya dipercepatkan tindakan sejurus selepas dilancarkan.
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
-Hadis sahih riwayat Muslim-
Kerajaan yang mempunyai kuasa WAJIB mengambil tindakan segera menangani isu umat Islam seperti ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan