Rabu, 26 Oktober 2011

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011



Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011








- 28, 29 dan 30 Oktober 2011
- Jumaat, Sabtu dan Ahad  
- Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Selangor.
- Tema : Perkasakan Amal Tarbawi, Menangi Pilihanraya


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam ucapan penangguhannya semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat telah menggarapkan TIGA perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pemuda PAS;

1.       Responsif terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan negara
2.       Optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong
3.       Sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah

Penganjuran Ijtima’ Tarbawi DPPM kali  ini diharapkan dapat membentuk pemuda-pemuda PAS yang mempunyai jatidiri dan kriteria yang diharapkan. Sekaligus agar dapat menyesuaikan kapasiti diri mengikut perkembangan dalam lanskap politik negara, di samping tidak meninggalkan kepentingan disiplin sebagai ahli gerakan Islam.




OBJEKTIF

1-       Membentuk jundi dan qiadi PAS yang mempunyai fikrah perjuangan Islam.
2-       Melahirkan pemuda PAS yang memiliki ciri-ciri ROS (Responsif, Optimis, Sensitif).
3-      Sebagai satu medan untuk meningkatkan kesedaran & komitmen ahli terhadap gerakkerja DPP.
4-       Meningkatkan kebersamaan dan perasaan ‘sense of belonging’ terhadap DPPM.
5-       Merapatkan ukhuwah ahli DPPM serta mewujudkan wehadatul fikr dan wehdatul ‘amal.
M     Motivasi gerakkerja pilihanraya sebagai satu kewajipan

PAS sudah menghampiri umurnya 60 tahun sebagai gerakan Islam yang menggunakan medium politik dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat. Perjuangan yang dibawa oleh PAS memerlukan rijal-rijal yang komited dan berkualiti demi mencapai kemenangan. DPPM adalah salah satu medan untuk melahirkan kelompok ini. Semoga DPPM akan menjadi sebuah entiti penting dalam memberikan sumbangan tenaga pemuda dan membantu menggerakkan parti di semua peringkat.