Jumaat, 19 Ogos 2011

HAK MELAYU APA AKAN JADI KALAU ISLAM SUDAH TERCICIR?


MURTAD
Akta Murtad perlu dilulus dengan segera bagi menyekat dan menghalang mana-mana pihak mempengaruhi umat Islam supaya memeluk agama mereka  -  tegas Mufti Perak

Menteri di JPM (Datuk Jamil Khir Baharom) Tahun 2000-2010 seramai 863 individu mengisytihar diri murtad secara rasmi..
yang tak rasmi ramai kot?


PAS TIDAK PERNAH KOMPROMI SOAL AQIDAH UMAT ISLAM

1. Pada 25 Mac 1988 Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad tetapi ditolak di Parlimen

2. Pada 2 November 1999  Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang tidak dibenarkan rang undang-undang di Parlimen untuk mencegah MURTAD.

3. Mac 2006 Naib Presiden Pas (YB Salahuddin Ayub) mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang murtad juga ditolak.

4. 2007 Naib Presiden Pas (YB Salahuddin Ayub) mengemukakan usul di Parlimen meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad dengan meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Perseketuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam secara bebas mengisytihar diri keluar daripada agama Islam

MASALAHNYA UMNO TAK PERNAH CADANG DAN SOKONG AKTA CEGAH MURTAD?


Rabu, 17 Ogos 2011

Larangan penggunaan PEMBESAR SUARA melaungkan ayat suci Al-Quran

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.


Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dikatakan tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama Islam.

"Ahmad Zahid, berkata tindakan melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam"

Ahad, 14 Ogos 2011

Malaysia oh Malaysia


Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Tanpa Izin


Program 6P ini dikatakan mampu untuk mengekang kehebatan jenayah yang dijalankan oleh PATI. Program ini yang dipersetujui oleh pihak UMNO adalah amat bercanggah dengan perjuangan UMNO dahulu kalanya. Jika anak-anak masih ingat antara perkara yang menjadi topik dalam mata pelajaran SEJARAH ialah konsep JUS SOLI.

Khamis, 4 Ogos 2011

Buku Konsep NEGARA BERKEBAJIKAN PAS dilancar hari ini!



5 Ogos 2011 - Susulan tema ucapan dasar Presiden PAS pada muktamar awal bulan lalu, Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan di Kota Baru hari ini.
Ia dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Buku itu dikeluarkan, dilihat bagi menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya.
PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.