➊~Akhlak Yang Baik...
"Banyak pihak mendakwa bahawa orang Islam hanya akan
dihormati jika ekonominya kukuh. Saya tidak bersetuju. Apa guna ekonomi kukuh
jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat? Apa yang paling penting ialah
akhlak yang baik. Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad SAW ialah
menyempurnakan akhlak yang baik."
➋~PAS Mesti Ganti UMNO
"... PAS mesti ganti UMNO. Di Kelantan, apa yang tiada?
Jika didakwa di Kelantan tiada pembangunan, maka jelas sekali orang begini
berjalan mendongak ke langit. Di Kelantan, ada pembangunan. Tetapi saya tidak
bangga dengan membuat pembangunan, kerana negara komunis pun ada pembangunan.
Apa yang kita bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi jawapan
di dalam kubur kelak.."
➌~Allah Yang Menciptakan Manusia
Berbangsa-Bangsa
"Bila sebut Allah, Allah itulah yang buat langit yang
kita junjung, bumi yang kita pijak dan udara yang yang kita gunakan. Allah itu
jugalah yang buat bangsa-bangsa yang ada di dunia ini, tujuannya untuk
berkenal-kenalan antara satu sama lain bukannya untuk bermegah-megah dengan
darah keturunan kita.."
➍~Hidup Setelah Mati
"Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi
untuk belanja, nasi tidak dibawa untuk dimakan dan air juga tidak dibawa untuk
diminum. Gelaran dato, tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa.
Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan
Nabi kalau di dunia kita melawan baginda?"
➎~Kewajipan Solat
"Saya berpesan kepada kita semua agar menjaga ibadat
solat sekalipun berada di padang bola sepak. Kalau di padang bola sepak,
tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah tetapi kalau dalam
berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayangkan oleh malaikat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan