12 Januari 2013 bakal menggegar bumi Malaysia dengan terciptanya sejarah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengumpulkan seluruh tuntutan yang tidak diambil pusing oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.
Tuntutan tersebut ialah :
1 Menuntut pilihanraya adil & bersih
2 Bebaskan tahanan ISA
3 Martabatkan bahasa ibunda
4 Menuntut pendidikan percuma
5 Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi
6 Selamatkan alam sekitar
7 Pulangkan royalti minyak
8 Selamatkan FELDA
1 rapat kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menaikkan semangat hadirin yang datang bagi himpunan kebangkitan rakyat tersebut. Seterusnya, arahan terakhir akan diberikan agar hadirin memahami pergerakan untuk esoknya & menjamin kelancaran pergerakan seterusnya menjurus kepada kejayaan himpunan.
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Jumaat
11 / 1 / 2013
8.40 malam
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.
(acara bermula 5 petang)
Selain persembahan dan penampilan pimpinan pemuda dan artis,
turut bersama pimpinan utama PR seperti ; Anwar Ibrahim
TG Haji Abdul Hadi Awang
TG Nik Abdul Aziz
Lim Guan Eng
Tuan
Haji Mohamad Sabu,
dan lain-lain.
Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada
program kuliah di sebelah petang. Program yang bermula sejak petang itu akan menampilkan wakil masyarakat tertindas yang muncul menyuarakan masalah mereka
terdiri daripada suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta,
mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi.
Ini akan menjadikan rapat kemuncak mengira detik #KL112 ini
benar – benar pentas rakyat yang memulakan semangat Himpunan Kebangkitan. Rapat mengira detik juga akan menjadi lapangan sambutan bagi
peserta himpunan yang datang jauh daripada luar Kuala Lumpur.
Acara kemuncak adalah pada keesokan harinya (12jan) rakyat
akan berhimpun di Stadium Merdeka. Dijangka 1 000 000 rakyat akan turut serta
dalam perhimpunan tersebut berdasarkan sambutan luar biasa dalam siri jelajah
Himpunan Kebangkitan Rakyat mengikut zon-zon persinggahan sebelum ini.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
-Al-Anfal : ayat 60-


Tiada ulasan:
Catat Ulasan