Selasa, 2 April 2013

Petugas PRU13 Biarlah IKHLAS



Setelah negara digegarkan dengan beberapa isu besar yang mampu mengalihkan perhatian kita daripada Pilihanraya Umum 13 (PRU13), akhirnya semua akan kembali sedar bahawa bahang PRU 13 semakin terasa. Fokus sudah perlu beralih pada PRU 13 dalam usaha memenangkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Jemaah Islam yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perlembagaan, bermatlamatkan redha Allah SWT dalam menegakkan hukum Allah SWT di bumi-Nya, dan menyambung perjuangan Rasulullah SAW iaitu gerakan dakwah yang meliputi kesempurnaan sifat Islam itu sendiri harus sentiasa beringat tentang panduan Islam dalam setiap tingkah laku mahupun bual bicara bahkan akhlak bergerak kerja.



Memetik kata-kata Allahyarham Prof Madya Pak Nik Abd Rashind :

"Allah SWT jadikan kita manusia dengan SATU mulut tetapi DUA tangan,
oleh itu kurangkan bercakap lebihkan bekerja"

Bagi PAS yang ditubuhkan lebih 60 tahun lalu sudah pasti banyak pengalaman yang telah ditimba dan diceduknya. Berkemungkinan tenaga baru dan anak-anak mudanya hari ini tidak melalui apa yang telah dilalui golongan para pengasas parti. Oleh itu ada baiknya mereka didedahkan darihal sejarah yang lampau.

Sesungguhnya pencapaian yang dikecapi pada hari ini bukan berdiri atas kehebatan mana-mana individu tetapi atas restu Allah dan doa serta pengorbanan mereka yang terdahulu. Orang PAS yang yakin pada perjuangan Islam, jangan sekali lupa-lupa pada hakikat ini.



Allahyarham Khatijah Sidek menulis dalam memoirnya:
Memoir Khatijah Sidek – Puteri Kesatria Bangsa:


“Kami di dalam PAS tidak menduga akan dapat memenangi Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959 itu sungguhpun kedua-dua negeri itu kuat dari segi agama. Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman memang sangat kuat dan mereka menggunakan banyak wang sumbangan tauke besar Cina untuk menentang kami (PAS) sebuah parti orang Melayu yang daif. Kami hanya bersandar pada orang kampong yang miskin yang untuk menyewa sebuah mikrofon pun mereka tak mampu.”


Demikian dugaan dan cabaran serta kesusahan yang ditempuh oleh mereka yang terdahulu.



Almarhum Hj Mohd Amin Yaakub dalam bukunya :
Sejarah pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990:

“Pada peringkat awal perkembangan pengaruh PAS di Kota Bharu, petugas-petugas PAS terpaksa memasuki kampong-kampung dengan berjalan kaki dan berbasikal kerana kebanyakkan petugasnya terdiri daripada golongan miskin dan golongan sederhana.”



John Funston dalam bukunya: 
Malay politics in Malaysia:

“(terjemahan) Sokongan terhadap parti ini (PAS) tidaklah menyeluruh, kalau pun ada hanyalah sekitar mereka yang kuat berpegang teguh kepada penafsiran konservatif Islam, kakitangan jabatan-jabatan agama dan ulamak-ulamak kampong”.




Ketika susah pada awal kemerdekaan dahulu, tanpa wang tanpa kekuatan ahli dan jentera, namun PAS terbit menawan 2 buah negeri (ketika itu ada Ccma 11 negeri dalam Malaya). 


Kemenangan itu lantaran aset terbesarnya iaitu keikhlasan para pemimpin dan
kebergantungan teguh kepada Allah swt. 


Pemimpin-pemimpin seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi (KEAHLIAN 1956), Almarhum Prof Zulkifli Mohammad (KEAHLIAN 1956), Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husain (keahlian 1951), Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid (1952), Allahyarmah Hj Hasan Adli (1951), Hamidon Husain (1958). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan