Debat PTPTN Antara Rafizi (Pakatan Rakyat) VS Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional)
Rakaman Debat Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah
Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani
dan Bernama Radio24
Permasalahan hutang pendidikan yang sangat membebankan para pelajar sudah lama diberi perhatian oleh pihak Pakatan Rakyat namun masih terpaksa berhadapan dengan permainan 'tarik tali' pihak kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional. Akhirnya, dengan izin Allah SWT perdebatan antara wakil Pakatan Rakyat dengan wakil Barisan Nasional dapat dianjurkan oleh pihak yang terlibat.
Di akhir perdebatan tersebut, jelas memperlihatkan bahawa debat antara Rafizi & Khairy ini ialah 'umpan' untuk Najib (BN) & Anwar (PR) berdebat pada masa akan datang. Perdebatan tersebut menunjukkan bahawa rakyat sudah mula matang dalam menilai kerana menerima baik budaya perdebatan yang baru pertama kali diadakan ini. Debat bukanlah medan untuk 'mudah menang' jika kita tidak mempunyai fakta yang kukuh kerana fakta itu lebih didahulukan.
Diperingatkan semula bahawa isu PTPTN ini adalah berkenaan pilihan samada Pendidikan PERCUMA diberikan kepada semua pelajar institusi tinggi melalui pemansuhan PTPTN ATAU yuran pengajian yang dibayar sendiri oleh pelajar melalui PTPTN yang masih diteruskan. Budaya perdebatan juga mendidik rakyat untuk berlapang dada menerima hujah dari kedua-dua pihak Tidak langsung mengajar rakyat untuk taksub kepada parti politik pilihan mereka malah mendidik kematangan akal menilai fakta yang jelas & tersembunyi berkenaan sesuatu isu.
وَهُمۡ
يَصۡطَرِخُونَ فِيہَا رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا
نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا غَيۡرَ ٱلَّذِى ڪُنَّا
نَعۡمَلُۚ أَوَلَمۡ نُعَمِّرۡكُم مَّا يَتَذَڪَّرُ فِيهِ
مَن تَذَكَّرَ وَجَآءَكُمُ ٱلنَّذِيرُۖ فَذُوقُواْ فَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِن
نَّصِيرٍ
Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil
merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan
mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan.
(lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan
memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa
yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul
(Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang
zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
(Surah Fatir 35: Ayat 37)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan