Rabu, 9 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat



12 Januari 2013 bakal menggegar bumi Malaysia dengan terciptanya sejarah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengumpulkan seluruh tuntutan yang tidak diambil pusing oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.


Tuntutan tersebut ialah :

1 Menuntut pilihanraya adil & bersih

2 Bebaskan tahanan ISA

3 Martabatkan bahasa ibunda

4 Menuntut pendidikan percuma

5 Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi

6 Selamatkan alam sekitar

7 Pulangkan royalti minyak

8 Selamatkan FELDA


1 rapat kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menaikkan semangat hadirin yang datang bagi himpunan kebangkitan rakyat tersebut. Seterusnya, arahan terakhir akan diberikan agar hadirin memahami pergerakan untuk esoknya & menjamin kelancaran pergerakan seterusnya menjurus kepada kejayaan himpunan.


RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Jumaat
11 / 1 / 2013
8.40 malam
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.
(acara bermula 5 petang)


Selain persembahan dan penampilan pimpinan pemuda dan artis, turut bersama pimpinan utama PR seperti ; Anwar Ibrahim

TG Haji Abdul Hadi Awang
TG Nik Abdul Aziz
Lim Guan Eng 
Tuan Haji Mohamad Sabu

dan lain-lain.


Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang. Program yang bermula sejak petang itu akan menampilkan wakil masyarakat tertindas yang muncul menyuarakan masalah mereka terdiri daripada suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi.

     Ini akan menjadikan rapat kemuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan semangat Himpunan Kebangkitan. Rapat mengira detik juga akan menjadi lapangan sambutan bagi peserta himpunan yang datang jauh daripada luar Kuala Lumpur.

     Acara kemuncak adalah pada keesokan harinya (12jan) rakyat akan berhimpun di Stadium Merdeka. Dijangka 1 000 000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut berdasarkan sambutan luar biasa dalam siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat mengikut zon-zon persinggahan sebelum ini.




Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”. 

-Al-Anfal : ayat 60-

Sabtu, 5 Januari 2013

Doa Khas PRU-13




Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Wahai Tuhan yang mempunyai arsh yang mulia, wahai Tuhan yang memulakan sesuatu, Wahai Tuhan yang mengembalikan, Wahai Tuhan yang maha melakukan apa yang Dia kehendaki.
Kami memohon dengan nur wajah-Mu (keredhaan-Mu) yang memenuhi penjuru-penjuru 'arash-Mu, dengan kekuasaan-Mu yang Engkau telah tentukan dengannya ke atas semua makhluk-Mu dan dengan rahmat-Mu yang amat luas ke atas setiap sesuatu, tiada Tuhan melainkan Engkau.
Wahai Tuhan yang memberi pertolongan kepada orang-orang yang memohon pertolongan, tolonglah kami..tolonglah kami..tolonglah kami.

Wahai Tuhan, singkirkan (binasakanlah) orang-orang yang menyakiti kami dan menyakiti saudara-saudara kami tanpa hak sehingga mereka kembali kepada-Mu.

Wahai Tuhan, singkirkanlah (binasakanlah) orang yang melakukan kezaliman kepada kami dan kezaliman kepada saudara-saudara kami tanpa hak sehingga mereka kembali kepada-Mu.
Wahai Tuhan, susutkanlah bilangan mereka & musnahkanlah mereka sampai binasa, janganlah Engkau tinggalkan mereka walau seorang pun daripada mereka dan campakkanlah dalam hati mereka rasa kegerunan.

Wahai Tuhan yang tunduk kepada-Nya segala orang yang zalim dan akur segala raja-raja, tidak ada tempat berlindung melainkan kepada-Mu, tidak ada pertolongan melainkan pertolongan-Mu, tidak ada tempat menyerah melainkan kepada-Mu, hindarkanlah daripada kami tipu daya orang-orang yang zalim dan bersifat dengki. Rahmatilah kami di bawah teduhan-teduhan 'arash-Mu. Wahai Tuhan yang Maha Mulia daripada segala yang mulia, perkuatkanlah amalan lahir kami untuk mendapat keredhaan-Mu, sinarilah hati kami & jiwa kami untuk melihat jalan-jalanMu.

Wahai Tuhan, jauhilah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang yang dengki terhadap kami sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat dan cabutlah penglihatan mereka terhadap kami dengan cahaya kesucian dan kekukuhan keagungan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi di atas segala ni'mat-ni'matMu yang mulia, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani.

Wahai Tuhan, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha sempurna dengan (Al-Quran) daripada syaitan-syaitan yang menggoda dan daripada pandangan mata yang dengki lagi jahat.

Wahai Tuhan, kami jadikan Engkau (serahkan Engkau ke atas) batang leher musuh kami dan juga sesiapa yang dengki kepada kami. Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, kembalikanlah tipu daya mereka ke atas batang leher mereka. Ya Allah, pecahkanlah barisan dan perpaduan mereka dan goncangkanlah kaki (pendirian) mereka semua. Hantarkanlah kepada mereka, seekor anjing daripada anjing-anjingMu. Jangan jadikan kami sebagai sasaran ketamakan musuh, orang yang dengki, dan juga orang yang di dalam hatinya terdapat perasaan bersangka buruk pada kami. Wahai Tuhan yang perkasa, Wahai Tuhan yang Maha gagah, Wahai Tuhan yang bersifat membalas dendam, lagi maha mulia.

Wahai Tuhan, bantulah kami dan janganlah Engkau bantu orang-orang yang selain daripada kami yang menzalimi kami, tolonglah kami dan jangan Engkau tolong orang-orang yang selain daripada kami. Anugerahkanlah kepada kami kemahiran (merancang strategi), dan janganlah kami ditipu daya oleh manusia. Tunjukilah kami dan permudahkanlah petunjuk bagi kami, menangkanlah kami ke atas orang yang menindas dan menganiaya kami, (serta anugerahkanlah kepada kami kejayaan dalam pilihanraya ini).

Wahai Tuhan, tunjukilah kami jalan yang lurus, jadikan kami penunjuk yang mendapat petunjuk hidayah-Mu, dan jadikanlah kami penda'wah yang mursyid. Wahai Tuhan, satukanlah saff mujahidin yang ikhlas dan berilah pertolongan serta kemenangan kepada tentera penyatuan dan perpaduan serta sesiapa sahaja yang bersama kami.


.: Dan Tuhanmu berfirman, " Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu :.
 ( Surah Ghafir : ayat 60 )

Rabu, 2 Januari 2013

Isu 'Amanat Hadi'



Negara tiba-tiba digemparkan dengan Isu Amanat Hadi yang sibuk digembar-gemburkan di media massa terutama di media utama pihak UMNO iaitu TV3 dan RTM.



Pak Ngah Mat - seorang penduduk Mersing memberi komen ringkas tentang isu ini.

 “Ini kerja busuk, dia ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi tentu dia ada alasan yang kuat.”


Osman Abu Bakar - seorang penduduk pertengahan umur di Kota Tinggi yang turut merasakan ianya sudah lapuk kerana isu ini sudah didengarnya sejak zaman remaja lagi.

“Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”


Datuk Dr Agus Yusof - penganalisis politik berkata, walaupun isu itu sering kali dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) namun ia tidak akan memberi kesan dalam PRU13. 
          Menurut beliau, walaupun isu itu hangat diperkatakan, tetapi ia tidak mampu menarik pengundi atas pagar bagi pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.


Prof Dr Jayum Jawan - Timbalan Ketua Kluster Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa isu ini sepatutnya telah lama diselesaikan dan tidak dibangkitkan oleh parti lawan.

“Saya percaya jika orang lama sudah jelas tentang isu ‘Amanat’ ini, mungkin ada yang masih keliru namun isu ini tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat khususnya bukan Islam.



= SOLUSI =

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.



"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,
"Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)?
"
- surah Al-Fushshilat 41 : ayat 33 -