Sabtu, 7 Januari 2012

Fenomena Oley!! Dari 'kami' untuk 'mereka'.

Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk 'santai' dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna. 






Klik sini untuk menonton video Oley!!


Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek “Bicara Rakyat“ yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu.  


Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff
"Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja. 

"Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai," jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff.  

Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor. 

Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah



Lebih menarik apabila 'Oley' turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi. 
Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi  dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan