Setelah negara digegarkan dengan beberapa isu besar yang mampu mengalihkan perhatian kita daripada Pilihanraya Umum 13 (PRU13), akhirnya semua akan kembali sedar bahawa bahang PRU 13 semakin terasa. Fokus sudah perlu beralih pada PRU 13 dalam usaha memenangkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Jemaah Islam yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perlembagaan, bermatlamatkan redha Allah SWT dalam menegakkan hukum Allah SWT di bumi-Nya, dan menyambung perjuangan Rasulullah SAW iaitu gerakan dakwah yang meliputi kesempurnaan sifat Islam itu sendiri harus sentiasa beringat tentang panduan Islam dalam setiap tingkah laku mahupun bual bicara bahkan akhlak bergerak kerja.
Memetik kata-kata
Allahyarham Prof Madya Pak Nik Abd Rashind :
"Allah SWT jadikan kita manusia dengan SATU mulut tetapi DUA tangan,
oleh itu kurangkan bercakap lebihkan bekerja"
Bagi PAS yang ditubuhkan lebih 60 tahun lalu sudah pasti
banyak pengalaman yang telah ditimba dan diceduknya. Berkemungkinan tenaga baru
dan anak-anak mudanya hari ini tidak melalui apa yang telah dilalui golongan
para pengasas parti. Oleh itu ada baiknya mereka didedahkan darihal sejarah
yang lampau.
Sesungguhnya pencapaian yang dikecapi pada hari ini bukan
berdiri atas kehebatan mana-mana individu tetapi atas restu Allah dan doa serta
pengorbanan mereka yang terdahulu. Orang PAS yang yakin pada perjuangan Islam,
jangan sekali lupa-lupa pada hakikat ini.
Allahyarham Khatijah Sidek menulis dalam memoirnya:
Memoir
Khatijah Sidek – Puteri Kesatria Bangsa:
“Kami di dalam PAS tidak menduga akan dapat memenangi
Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959 itu sungguhpun kedua-dua negeri itu
kuat dari segi agama. Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman memang
sangat kuat dan mereka menggunakan banyak wang sumbangan tauke besar Cina untuk
menentang kami (PAS) sebuah parti orang Melayu yang daif. Kami hanya bersandar
pada orang kampong yang miskin yang untuk menyewa sebuah mikrofon pun mereka
tak mampu.”
Demikian dugaan dan cabaran serta kesusahan yang ditempuh
oleh mereka yang terdahulu.
Almarhum Hj Mohd Amin Yaakub dalam bukunya :
Sejarah
pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990:
“Pada peringkat awal perkembangan pengaruh PAS di Kota Bharu,
petugas-petugas PAS terpaksa memasuki kampong-kampung dengan berjalan kaki dan
berbasikal kerana kebanyakkan petugasnya terdiri daripada golongan miskin dan
golongan sederhana.”
John Funston dalam bukunya:
Malay politics in Malaysia:
“(terjemahan) Sokongan terhadap parti ini (PAS) tidaklah
menyeluruh, kalau pun ada hanyalah sekitar mereka yang kuat berpegang teguh
kepada penafsiran konservatif Islam, kakitangan jabatan-jabatan agama dan
ulamak-ulamak kampong”.
Ketika susah pada awal kemerdekaan dahulu, tanpa
wang tanpa kekuatan ahli dan jentera, namun PAS terbit menawan 2 buah negeri
(ketika itu ada Ccma 11 negeri dalam Malaya).
Kemenangan itu lantaran aset
terbesarnya iaitu keikhlasan para pemimpin dan
kebergantungan teguh kepada
Allah swt.
Pemimpin-pemimpin seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi
(KEAHLIAN 1956), Almarhum Prof Zulkifli Mohammad (KEAHLIAN 1956), Almarhum Tuan
Guru Hj Ahmad Tuan Husain (keahlian 1951), Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid
(1952), Allahyarmah Hj Hasan Adli (1951), Hamidon Husain (1958).