Ahad, 14 Ogos 2011

Malaysia oh Malaysia


Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Tanpa Izin


Program 6P ini dikatakan mampu untuk mengekang kehebatan jenayah yang dijalankan oleh PATI. Program ini yang dipersetujui oleh pihak UMNO adalah amat bercanggah dengan perjuangan UMNO dahulu kalanya. Jika anak-anak masih ingat antara perkara yang menjadi topik dalam mata pelajaran SEJARAH ialah konsep JUS SOLI.





Prinsip JUS SOLI ini digunakan juga pada tahun 1945 oleh pihak British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Menurut pandangan nasionalisme, prinsip jus soli ini menguntungkan golongan imigran (orang dagang) kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat. Prinsip jus soli diperkenalkan untuk menyelesaikan status kerakyatan kaum imigran dalam gagasan Malayan Union.


Mungkin anda dapat bayangkan betapa isu imigran ini telah lama timbul di Tanah Air Malaysia tercinta ini. Prinsip Jus Soli pada tahun 1945 itu seakan serupa dengan 6P tahun 2011 ini. Namun, perbezaannya ialah prinsip Jus Soli itu tidak bertahan lama kerana rakyat sedar akan keburukan perkara itu & 6P masih bergiat aktif ditambah lagi dengan kehebatan teknologi biometrik.


Isu biometrik yang dicanangkan pihak UMNO & SPR berikutan ingin menambahbaik sistem pilihanraya di Malaysia dilanjutkan pula pada pendaftaran PATI kononnya ingin mengekang jenayah yang dilakukan oleh PATI. Seperti yang jelas dilihat, rancangan ini berentetan..adakah ini adalah rencana pihak UMNO menambah bilangan pengundi mereka untuk pilihanraya umum akan datang? Al-maklumlah kerajaan UMNO sedar bahawa semakin ramai rakyat yang bangkit membangkang & mempertikaikan segala tindak-tanduk mereka dalam mentadbir Malaysia. Jadi, PATI jua yang akhirnya menjadi harapan untuk meletakkan UMNO di tempat teratas sebagai cara PATI untuk membalas budi UMNO yang kononnya memberi kerakyatan kepada mereka.


Sayangnya, rakyat Malaysia yang dahulunya tegar menentang penempatan PATI di Malaysia & laju sahaja mulut menyumpah seranah PATI yang ditangkap & dipertontonkan di BULETIN UTAMA TV3 kini hanya mampu berdiam diri melihat langkah kerajaan yang semakin serong dalam mengambil keputusan meletakkan negara dalam kondisi aman. Isu 6P ini boleh dikatakan sebagai 'langkah pendek akal' pihak kerajaan kerana buat masa terdekat ini mungkin benar statistik jenayah dari golongan PATI berkurangan sedikit. Al-maklumlah mereka sedang sibuk menguruskan pendaftaran mereka sebagai rakyat Malaysia yang dipantau. Pelik lagi hairan bagaimana mahu dipantau keseluruhan PATI yang didaftarkan itu? Sedangkan isu kerosakan akhlak, masalah sosial, & pelbagai lagi masalah rakyat MALAYSIA yang SAH sebagai WARGANEGARA pun tak termampu nak dipantau.


Apa akan jadi pada Malaysia pada masa akan datang jika kerakyatan diberikan dengan begitu mudah? Isu menangani masalah jenayah PATI bukanlah dapat ditangani sebaiknya melalui 6P. Jika agensi kerajaan melaksanakan amanah sebaiknya tanpa ada unsur-unsur songsang seperti rasuah & sebagainya pasti sebelum sempat PATI itu melangkah masuk ke tanah air tercinta Malaysia, kehadiran mereka sudah mampu dibanteras dengan cara terbaik.

-Apa akan jadi pada Malaysia yang tercinta?
-Sekiranya semua pekerja asing dari negara Bangladesh, Indonesia, India, Myanmar, Nepal, China dan lain-lain didaftar sebagai rakyat Malaysia.
-Apa akan terjadi?Siapa punya angkara?Apa tujuan mereka?
-Apa maksud tersirat???Bahaya!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan