![]() |
| Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya |
![]() |
| Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kedah |
Gambar pertama menunjukkan berkumpulnya segolongan umat manusia di Putrajaya manakala gambar kedua menunjukkan berkumpulnya segolongan umat manusia untuk mendapatkan Putrajaya. Benar, kadangkala gambar tidak menjamin kesasihan sesuatu cerita. Namun, akal yang dikurniakan oleh Allah SWT dapat menilai sesuatu perkara itu dengan lebih baik daripada penilaian berasaskan nafsu atau kepentingan politik semata.
![]() |
| Himpunan Hijau ke Putrajaya VS Himpunan Sejuta Belia |
Pada zaman Rasulullah SAW & para sahabat, saff-saff hadapan dalam peperangan turut diisi oleh golongan pemuda yakni belia. Tidak kurang juga dengan pemuda agung seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluki kota Constantinople ketika di usia 21 tahun.
Realiti Kini Pemuda Malaysia
Hosni Mubarak, bekas presiden Mesir mampu ditumbangkan oleh golongan pemuda. Di Syria, Palestin & negara-negara yang diancam dengan peperangan, para pemudanya barisan hadapan dalam perjuangan. Mereka syahid memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Bibir tidak lekang dari mengagungkan kalimah 'ALLAHUAKBAR' (Allah Maha Besar) menyatakan kebesaran Allah SWT Maha Pemilik Alam.
Realiti Kini Pemuda di Malaysia.....
renungkanlah sendiri bagaimana 'realiti pemuda di Malaysia' dengan mata hatimu wahai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT dengan akal yang sempurna.
"Tidakkah kamu berfikir..."
"Amat sedikit golongan hamba yang berfikir..."
Pihak yang mempunyai kuasa harus menggunakan amanah memimpin sekalian tanggungan di bawah jagaannya kembali kepada Allah SWT kerana Allah SWT menciptakan segala syariatNya adalah untuk hambaNya sendiri & mesti ditegakkan di atas bumi milikNya. Jika tidak mampu, sila berikan amanah itu kepada pihak lain yang lebih mampu memimpin ke arah kembali kepada Allah SWT. Menukar kerajaan adalah suatu tuntutan kerana Rasulullah SAW sendiri tidak mentadbir negara dalam keadaan menjauhkan Islam dari kalangan rakyat jagaannya.
~Wallahu'alam~



Tiada ulasan:
Catat Ulasan