Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa lujnah politik PAS telahpun mengadakan mesyuarat di Pejabat Agung PAS dan hasil daripada mensyuarat tersebut ialah hasrat Presiden PAS itu ditolak.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima baik keputusan tersebut dan akur.
![]() |
| Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima baik keputusan tersebut. |
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengatakan dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri Presiden PAS tidak akan berbangkit lagi kerana melihat kewibawaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin dan beliau masih diperlukan untuk menerajui PR.
Tok Guru Nik Aziz sendiri selaku Mursyidul Am PAS mengatakan bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sepanjang hayat.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengatakan bahawa PAS yakin dengan karisma kepimpinan, kewibawaan & kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin PAS. Gerakan Islam Antarabangsa turut memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menjadi pimpinan utama menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam. Hal ini melihatkan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang boleh dinobatkan sebagai pimpinan muslim agung abad ini.
Atas sifat tawaduk dan akhlak dirinya yang mulia, Tuan Guru Presiden menarik diri dari bertanding dalam PRU13 menunjukkan bahawa dalam PAS, jawatan itu bukanlah sesuatu yang ingin direbut tetapi ianya ialah amanah.
![]() |
| Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan