Ahad, 5 Februari 2012

PRU13 : Dakwat Kekal Belum Cukup

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemubual
oleh wartawan New Straits Times di kediamannya di  Rusila 3 Februari 2012.

Pemerintah UMNO/BN yang bakal menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang (PRU13) dilihat sebagai perubahan yang belum dapat menjamin keadilan politik yang dituntut dalam Bersih 2.0.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan bahawa antara perubahan terpenting yang perlu dilakukan ialah kebebasan media. Pihak pemerintah UMNO/BN harus memberikan ruang kebebasan kepada kedua-dua pihak yakni BN & PR dalam penggunaan media.

Media sepatutnya menjadi 'orang tengah' yang boleh dipercayai untuk menjadi penghubung parti dengan rakyat. Media elektronik arus perdana juga tidak sepatutnya masih berat sebelah dalam mengeluarkan berita & informasi. Media cetak juga harus diberi peranan yang seimbang mewakili kedua-dua pihak iaitu kerajaan & pembangkang.

Rakyat diibaratkan seperti hakim yang akan menilai berdasarkan apa yang didedahkan kepada mereka. Demokrasi barat kini yang sudah pun mengamalkan pendekatan feqah politik Islam. Peranan media haruslah adil dan bertindak sebagai saksi yang telus untuk memberi ruang kepada rakyat bertindak sebagai hakim membuat pemilihan berdasarkan konsep keadilan sejagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan