| Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |
1) Tempat Tragedi
Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan
rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak
kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang
merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim
Basyar.
2) Mangsa Korban
- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.
(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah
daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).
3) Kronolgi Ringkas :
- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou,
Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang
dilakukan oleh rejim.
- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar
beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq,
Aleppo dan kota-kota utama lainnya.
- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat,
sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera
rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal
yang digunakan oleh tentera rejim.
- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam
yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika
itu.
- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi
semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.
- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim
menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu
rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap
daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.
- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang
(Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang
mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).
4) Pihak yang bertanggungjawab
- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

insyaallah :)
BalasPadam